Sesi Lawatan Kerja Jabatan Bendahari, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke Bahagian Kewangan,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)

Gombak, 6 November 2025 – Bahagian Kewangan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)
telah menerima lawatan kerja dari Jabatan Bendahari, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada
pagi ini. Deligasi ini diketuai oleh Puan Zuraida Zakaria selaku Ketua Jabatan Bendahari, USIM.

Rombongan lawatan ini telah disambut oleh Pengarah Kewangan, Bahagian Kewangan IIUM, En.
Mohamad Nasir bin Kama, dan Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Teknologi Maklumat (Sistem
Aplikasi Kewangan) Puan Siti Zarina Muhamat.

Tujuan lawatan ini adalah untuk menjalankan lawatan kerja dan penanda aras, serta perkongsian
pengalaman dan pengetahuan mengenai kejayaan pelaksanaan Sistem Terimaan Bersepadu IIUM,
yang juga dikenali sebagai IIUM EzPay. Antara perkara yang menjadi tumpuan adalah keupayaan
sistem mengeluarkan resit rasmi secara real-time dan kebolehan sistem menyusun atur serta
memudahkan aktiviti crowdfunding yang dilaksanakan di universiti dengan lebih teratur, efisien, dan
sistematik.

Sistem IIUM EzPay adalah platform pembayaran dalam talian yang memudahkan pelajar, pelanggan
dan staf IIUM untuk membuat pembayaran yuran dan perkhidmatan lain secara efisien. Ia
menawarkan kemudahan akses 24/7, membolehkan pengguna membuat pembayaran menggunakan
pelbagai kaedah seperti e-dompet, kad kredit, kad debit, dan internet banking. Sistem ini juga
memberikan pengesahan dan notifikasi selepas pembayaran, serta menyimpan rekod transaksi yang
boleh diakses untuk rujukan di masa depan. IIUM EzPay dilengkapi sistem keselamatan disamping
memberikan pengalaman pembayaran yang mudah, cepat, dan selamat bagi pelajar dan staf.

IIUM dan pihak Bahagian Kewangan khususnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
USIM atas lawatan ini. Semoga sesi lawatan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan
tadbir urus sistem terimaan dan teknologi baharu serta seterusnya menjalinkan hubungan kerjasama
yang erat antara IIUM dan USIM.

Scroll to Top