ZIARAH MAHABBAH MADANI UIAM BANTU PELAJAR TERUSKAN PENGAJIAN

GOMBAK – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kekal komited memastikan tiada pelajar yang tercicir dalam usaha melanjutkan pengajian tinggi serta memperbaiki masa depan keluarga mereka.

Sejajar dengan komitmen ini, YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Ts. Mustapha Sakmud diiringi oleh Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan Bin Noordin, Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti (ODRSDCE) UIAM, turut menzahirkan sokongan bagi program Ziarah Mahabbah Madani pada 25 dan 26 September di sekitar Kota Kinabalu, Sabah.

Program kali ini melibatkan dua pelajar baharu yang akan memulakan pengajian di UIAM bagi Semester 1, Sesi 2025/2026. Bantuan yang diberikan merangkumi bantuan awal pengajian serta tinjauan keadaan penerima Biasiswa Pembangunan Siswa Sulung.

Antara pelajar yang disantuni ialah Muhammad Adam bin Abu, penerima Biasiswa Pembangunan Siswa Sulung, yang akan mengikuti pengajian di Kulliyyah Pendidikan, UIAM Kampus Gombak.

Sementara itu, ziarah kedua bertemu dengan Nur Fatin Alia binti Mohd Yussof, penerima bantuan khas IIUM Mahabbah Support Scheme, yang akan mengikuti pengajian di Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari, UIAM Kampus Pagoh.

Leave a Comment

Scroll to Top