Pemakluman Program Pembangunan Siswa Sulung 3.0 Cohort 4

Assalamualaikum wrt. wbt.

Dimaklumkan bahawa pelajar sesi kemasukan 2025/2026 dengan nombor matrik bermula 251xxxx yang terlepas permohonan sulung pada awal Oktober tahun lalu masih berpeluang untuk memohon dengan mengisi borang yang disediakan, tertakluk kepada pemenuhan kriteria berikut:

1. Pelajar merupakan anak pertama dalam kalangan adik-beradik yang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam.
2. Mempunyai pencapaian akademik terkini dengan CGPA ≥ 3.0.
3. Pelajar berada dalam kategori B40 (pendapatan kasar keluarga kurang daripada RM5,250).

Sekiranya anda memenuhi semua kriteria utama yang dinyatakan, anda dipelawa untuk mengisi borang permohonan bagi tujuan senarai pendek penerima Program Pembangunan Siswa Sulung.

Pautan Permohonan: https://forms.gle/nj6g1se8rrzeiDw38

Sebarang Pertanyaan & Maklumat Lanjut:
🌐https://division.iium.edu.my/stadd/iium-sulung-2-0/
✉️ wmu-stadd@iium.edu.my
📞 011-59950689 / 011-5995068

Scroll to Top