*MENTERI PENDIDIKAN TINGGI SUMBANG BANTUAN AWAL PENDIDIKAN*

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir telah menyempurnakan penyampaian Bantuan Awal Pendidikan kepada para pelajar pada 30 September 2025. Bantuan ini merupakan inisiatif Yayasan Perkasa Siswa (YPS), sebuah badan rasmi peringkat nasional yang berperanan mengurus serta menyelaras pemerkasaan, kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa secara menyeluruh.

Seramai 15 orang pelajar daripada pelbagai latar belakang telah menerima manfaat bantuan tersebut. Majlis penyampaian diadakan bersempena Minggu Ta’aruf UIAM bertempat di Pusat Kebudayaan UIAM melalui program In Person with Doc Zam.

UNIT PENGURUSAN KEBAJIKAN

BAHAGIAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR UIAM

#IIUM2025
#staddiium
#welfareiium
#TawhidicEpistemology
#UmmaticExcellence

Leave a Comment

Scroll to Top