Author name: Effendi Ismail

*PERMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN SISWA SULUNG KINI DILANJUTKAN *

Assalamualaikum Wrt. Wbt. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan pelaksanaan Program Pembangunan Siswa Sulung di 20 IPTA. Kriteria Penerima: 1. Pertama dalam adik-beradik yang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam. 2. Mempunyai pencapaian akademik terkini CGPA ≥ 3.0. 3. Pelajar adalah di bawah kategori B40 (Pendapatan kasar keluarga < RM5,250). Sekiranya anda tergolong dan menepati kriteria utama, anda boleh mendaftar sebagai sebahagian daripada biasiswa Program Pembangunan Siswa Sulung. Pautan Permohonan: https://forms.gle/nj6g1se8rrzeiDw38 Sebarang Pertanyaan & Maklumat Lanjut: Website: https://division.iium.edu.my/stadd/iium-sulung-2-0/ Email : wmu-stadd@iium.edu.my Phone: 011-59950689 / 011-5995068 UNIT PENGURUSAN KEBAJIKAN BAHAGIAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR UIAM

*MENTERI PENDIDIKAN TINGGI SUMBANG BANTUAN AWAL PENDIDIKAN*

Assalamualaikum Wrt. Wbt. Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir telah menyempurnakan penyampaian Bantuan Awal Pendidikan kepada para pelajar pada 30 September 2025. Bantuan ini merupakan inisiatif Yayasan Perkasa Siswa (YPS), sebuah badan rasmi peringkat nasional yang berperanan mengurus serta menyelaras pemerkasaan, kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa secara menyeluruh. Seramai 15 orang pelajar daripada pelbagai latar belakang telah menerima manfaat bantuan tersebut. Majlis penyampaian diadakan bersempena Minggu Ta’aruf UIAM bertempat di Pusat Kebudayaan UIAM melalui program In Person with Doc Zam. UNIT PENGURUSAN KEBAJIKAN BAHAGIAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR UIAM #IIUM2025#staddiium#welfareiium#TawhidicEpistemology#UmmaticExcellence

ZIARAH MAHABBAH MADANI UIAM BANTU PELAJAR TERUSKAN PENGAJIAN

GOMBAK – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kekal komited memastikan tiada pelajar yang tercicir dalam usaha melanjutkan pengajian tinggi serta memperbaiki masa depan keluarga mereka. Sejajar dengan komitmen ini, YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Ts. Mustapha Sakmud diiringi oleh Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan Bin Noordin, Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti (ODRSDCE) UIAM, turut menzahirkan sokongan bagi program Ziarah Mahabbah Madani pada 25 dan 26 September di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Program kali ini melibatkan dua pelajar baharu yang akan memulakan pengajian di UIAM bagi Semester 1, Sesi 2025/2026. Bantuan yang diberikan merangkumi bantuan awal pengajian serta tinjauan keadaan penerima Biasiswa Pembangunan Siswa Sulung. Antara pelajar yang disantuni ialah Muhammad Adam bin Abu, penerima Biasiswa Pembangunan Siswa Sulung, yang akan mengikuti pengajian di Kulliyyah Pendidikan, UIAM Kampus Gombak. Sementara itu, ziarah kedua bertemu dengan Nur Fatin Alia binti Mohd Yussof, penerima bantuan khas IIUM Mahabbah Support Scheme, yang akan mengikuti pengajian di Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari, UIAM Kampus Pagoh.

WELFARE STADD WHATSAPP CHANNEL

Assalamualaikum Wrt Wbt. We would like to inform you about the establishment of the Welfare STADD WhatsApp Channel. This channel serves as an important platform for announcements and updates from Student Affairs and Development Division (STADD) especially related to Welfare students. Link to the WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6OFkeGOj9hhc4mIA1Q Follow us as well on TikTok: https://www.tiktok.com/@iium_mahabbahprogram?_t=ZS-8yrh8ktymOe&_r=1 WELFARE MANAGEMENT UNIT (WMU)STUDENT AFFAIRS AND DEVELOPMENT DIVISION (STADD) #IIUM2025#iiumstafd#iiumwelfare#TawhidicEpistemology#UmmaticExcellence

ZIARAH MAHABBAH MADANI: GOMBAK

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melalui Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (STADD) UIAM menganjurkan Ziarah Mahabbah Madani pada 21 September lalu untuk  memberi bantuan kewangan dan sokongan kepada pelajar baharu yang ditawarkan kemasukan untuk melanjutkan pengajian mereka di UIAM.Program Ziarah Mahabbah Madani ini diketuai oleh Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti) UIAM, Prof. Datuk Dr. Mohamad Fauzan Nordin, Pengarah STADD UIAM, Jamaludin Said, Pegawai dari Bahagian Kemasukan dan Pengurusan Akademik UIAM, Robita Khalid dan bersama pegawai-pegawai kanan UIAM. Menurut Dr. Mohamad Fauzan, Ziarah Mahabbah Madani UIAM bukan sahaja mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu dengan penuh mesra, tetapi mengetengahkan cabaran kemiskinan bandar yang semakin meruncing dan boleh menjadi sama berat dengan kemiskinan luar bandar. “Dengan menyoroti realiti yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini, UIAM sentiasa perkukuhkan peranannya sebagai universiti yang bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah turut memupuk sifat belas ihsan dan tanggungjawab sosial selaras dengan semangat Madani”. Katanya. “Semua pelajar UIAM yang memerlukan bantuan, kami akan bantu sebaik mungkin dan ia selaraskan dengan hala tuju kami untuk melahirkan ummah yang cemerlang. Bantuan bukan di sini sahaja, malah pasukan-pasukan saya berada di merata tempat memberikan bantuan pada golongan yang memerlukan seperti program Siswa Sulung,” tambahnya lagi. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir turut meluangkan masa membuat panggilan video dengan Muhammad Muhaymin dan menitipkan pesanan. Bagi program bantuan awal pengajian semester 1, 2025/202 ini, UIAM memperuntukkan sebanyak RM30,000 daripada sumbangan khairat dan RM15,000 menerusi Yayasan Perkasa Siswa (YPS) Kementerian Pendidikan Tingg. UIAM juga akan menyasarkan seramai 300 orang pelajar menerima Biasiswa Sulung bagi sesi pengajian tahun 2025/2026. Sementara itu, pada sesi kemasukan semester 1 2025/2026, seramai 425 orang pelajar Baharu (Pengambilan Terus) dalam kalangan B40 dibantu dengan dana peruntukan sebanyak RM298,060. Bacaan Penuh: https://url-shortener.me/5G8M

Induction Course Student Committee Ta’aruf Week Semester 2, 2024/2025

Shaping Future Leaders! From 13–15 February 2025, the Induction Course for the Student Committee for Gombak Campus took place at the scenic Nur Lembah Pangsun Eco Resort, bringing together passionate students for an unforgettable journey! A big THANK YOU to all participants, facilitators, and organizers for making this event a success! Here’s to shaping future leaders who inspire and drive positive change!

Student Development Festival 2024

🎉 STUDENT DEVELOPMENT FESTIVAL 2024 – YOU’RE INVITED! 🎉 Mark your calendars for 4-5 December 2024 and get ready for an exciting celebration of student life at IIUM! Organized by the Student Affairs and Development Division (STADD), this festival is your gateway to exploring the vibrant clubs and societies that make campus life unforgettable. 🌟 What’s Happening?✅ Discover Clubs & Societies – Check out 30 eye-catching buntings showcasing student organizations under STADD.✅ IIUM Mahabbah Food Corner (for 1st 200 students on 4 December 2024 @12 .00 noon)✅ Performances & Showcases – Enjoy exciting performances by clubs under CITRA and Uniform Bodies. This is your chance to explore, connect, and celebrate student life like never before. Don’t miss out – we’ll see you there! 🙌

Scroll to Top