News

IIUM Pre-Marriage Course NO.2/2025

Student Affairs & Development Division (STADD), in collaboration with Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) has successfully conducted the IIUM Pre-Marriage Course No.2_2025 on 11th – 12th October 2025 at IIUM Experimental Hall. Thank you to all participants, speakers, and dedicated committees for making this event run smoothly and successfully. Student Affairs and Development Division (STADD)

Appreciation for Mahasiswa Negara 2025

Student Affairs and Development Division (STADD) organised Appreciation Hi- tea to participants of Mahasiswa Negara 2025 on 10th October 2025 (Friday) at Experimental Hall IIUM Gombak Campus. Thank you to all participants of Mahasiswa Negara 2025 and the staff who contributed to the smooth running of this programme.

Madani Food Programme

MADANI FOOD PROGRAMME (MFP) – (Free Meals)Every Friday at Foyer Student Affairs and Development Division (STADD), Level 2, Muhammad Abdul Rauf Building, International Islamic University Malaysia (IIUM). Let’s join us for free meals every Friday at the STADD Foyer, Level 2, Muhammad Abdul Rauf Building, after the Friday Prayer

IIUM Mahabbah Food Programme: Food Corner

FREE MEALS FOR IIUM STUDENTS – MAKANAN & MINUMAN PERCUMA KEPADA PELAJAR UIAM. IIUM Mahabbah Programme: FOOD CORNEREvery Wednesday from 12pm until 2pm at Foyer Student Affairs and Development Division (STADD), Level 2, Muhammad Abdul Rauf Building, International Islamic University Malaysia (IIUM) You are kindly invited to come and enjoy the foods and drinks prepared specially for everyone.

Congratulations, Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan Noordin

Sekalung tahniah diucapkan kepada Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan Noordin atas pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Keusahawanan Universiti Awam Malaysia. Semoga sentiasa dikurniakan kekuatan dan komitmen yang tinggi untuk terus menyumbang secara aktif dalam memajukan agenda keusahawanan negara sejajar dengan wawasan Malaysia Madani.

*MENTERI PENDIDIKAN TINGGI SUMBANG BANTUAN AWAL PENDIDIKAN*

Assalamualaikum Wrt. Wbt. Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir telah menyempurnakan penyampaian Bantuan Awal Pendidikan kepada para pelajar pada 30 September 2025. Bantuan ini merupakan inisiatif Yayasan Perkasa Siswa (YPS), sebuah badan rasmi peringkat nasional yang berperanan mengurus serta menyelaras pemerkasaan, kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa secara menyeluruh. Seramai 15 orang pelajar daripada pelbagai latar belakang telah menerima manfaat bantuan tersebut. Majlis penyampaian diadakan bersempena Minggu Ta’aruf UIAM bertempat di Pusat Kebudayaan UIAM melalui program In Person with Doc Zam. UNIT PENGURUSAN KEBAJIKAN BAHAGIAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR UIAM #IIUM2025#staddiium#welfareiium#TawhidicEpistemology#UmmaticExcellence

ZIARAH MAHABBAH MADANI UIAM BANTU PELAJAR TERUSKAN PENGAJIAN

GOMBAK – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kekal komited memastikan tiada pelajar yang tercicir dalam usaha melanjutkan pengajian tinggi serta memperbaiki masa depan keluarga mereka. Sejajar dengan komitmen ini, YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Ts. Mustapha Sakmud diiringi oleh Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan Bin Noordin, Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti (ODRSDCE) UIAM, turut menzahirkan sokongan bagi program Ziarah Mahabbah Madani pada 25 dan 26 September di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Program kali ini melibatkan dua pelajar baharu yang akan memulakan pengajian di UIAM bagi Semester 1, Sesi 2025/2026. Bantuan yang diberikan merangkumi bantuan awal pengajian serta tinjauan keadaan penerima Biasiswa Pembangunan Siswa Sulung. Antara pelajar yang disantuni ialah Muhammad Adam bin Abu, penerima Biasiswa Pembangunan Siswa Sulung, yang akan mengikuti pengajian di Kulliyyah Pendidikan, UIAM Kampus Gombak. Sementara itu, ziarah kedua bertemu dengan Nur Fatin Alia binti Mohd Yussof, penerima bantuan khas IIUM Mahabbah Support Scheme, yang akan mengikuti pengajian di Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari, UIAM Kampus Pagoh.

ZIARAH MAHABBAH MADANI: GOMBAK

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melalui Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (STADD) UIAM menganjurkan Ziarah Mahabbah Madani pada 21 September lalu untuk  memberi bantuan kewangan dan sokongan kepada pelajar baharu yang ditawarkan kemasukan untuk melanjutkan pengajian mereka di UIAM.Program Ziarah Mahabbah Madani ini diketuai oleh Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti) UIAM, Prof. Datuk Dr. Mohamad Fauzan Nordin, Pengarah STADD UIAM, Jamaludin Said, Pegawai dari Bahagian Kemasukan dan Pengurusan Akademik UIAM, Robita Khalid dan bersama pegawai-pegawai kanan UIAM. Menurut Dr. Mohamad Fauzan, Ziarah Mahabbah Madani UIAM bukan sahaja mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu dengan penuh mesra, tetapi mengetengahkan cabaran kemiskinan bandar yang semakin meruncing dan boleh menjadi sama berat dengan kemiskinan luar bandar. “Dengan menyoroti realiti yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini, UIAM sentiasa perkukuhkan peranannya sebagai universiti yang bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah turut memupuk sifat belas ihsan dan tanggungjawab sosial selaras dengan semangat Madani”. Katanya. “Semua pelajar UIAM yang memerlukan bantuan, kami akan bantu sebaik mungkin dan ia selaraskan dengan hala tuju kami untuk melahirkan ummah yang cemerlang. Bantuan bukan di sini sahaja, malah pasukan-pasukan saya berada di merata tempat memberikan bantuan pada golongan yang memerlukan seperti program Siswa Sulung,” tambahnya lagi. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir turut meluangkan masa membuat panggilan video dengan Muhammad Muhaymin dan menitipkan pesanan. Bagi program bantuan awal pengajian semester 1, 2025/202 ini, UIAM memperuntukkan sebanyak RM30,000 daripada sumbangan khairat dan RM15,000 menerusi Yayasan Perkasa Siswa (YPS) Kementerian Pendidikan Tingg. UIAM juga akan menyasarkan seramai 300 orang pelajar menerima Biasiswa Sulung bagi sesi pengajian tahun 2025/2026. Sementara itu, pada sesi kemasukan semester 1 2025/2026, seramai 425 orang pelajar Baharu (Pengambilan Terus) dalam kalangan B40 dibantu dengan dana peruntukan sebanyak RM298,060. Bacaan Penuh: https://url-shortener.me/5G8M

Congratulations, Mr. Md. Hashim Hj. Selamat

CONGRATULATIONS to Mr. Md. Hashim Hj. Selamat on your one-off promotion on Personal to Holder (PTH) as the Acting Administrative Officer (N13) Student Affairs and Development Division (STADD), International Islamic University Malaysia (IIUM)

Scroll to Top