Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
 

Sepertimana sedia maklum, YAB Perdana Menteri telah meluncurkan PADU pada 2 Januari 2024 yang merupakan pangkalan data berpusat dan bersepadu berkaitan individu dan isi rumah rakyat Malaysia.

Matlamat utama pembangunan sistem PADU adalah untuk meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber, terutama penyasaran semula subsidi dan bantuan kerajaan agar lebih bersasar kepada rakyat yang benar-benar layak. UIAM juga tidak terkecuali dalam menyokong inisiatif kerajaan ini.

Sehubungan itu, kerjasama daripada semua staff akademik dan staf bukan akademik UIAM yang merupakan warganegara Malaysia dan penduduk tetap (Permanent Resident) amat diperlukan bagi mengemaskini maklumat dan data masing-masing dalam sistem PADU di pautan https://padu.gov.my/ dalam tempoh 2 Januari 2024 hingga 31 Mac 2024 ini. Untuk panduan menyeluruh mengenai pengemaskinian maklumat dalam sistem PADU, sila lawati laman Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menggunakan pautan yang disediakan di bawah:

  1. PADU Hour dalam Bahasa Malaysia(Siri 11/ 2024)
  2. PADU Hour dalam Bahasa Mandarin(Siri 4/ 2024)
  3. PADU Hour dalam Bahasa Tamil(Siri 7/ 2024)

Oleh yang demikian, mohon kerjasama dan komitmen daripada semua warga UIAM berhubung perkara ini. Kerjasama dan komitmen yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

‘Give Value with Values’

Management Services Division

International Islamic University Malaysia